Isnin, 22 Oktober 2012

Petua Untuk Memulakan Perniagaan Kecil-Kecilan ^_^

Petua Untuk Memulakan 
Perniagaan Kecil-Kecilan

1. Niat atau Perancangan. Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu anda, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari, samaada jangkamasa pendek atau panjang. Sudah semestinya menceburi bidang ini anda hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan anda nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, a
dakah anda telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan anda dalam setiap langkah yang anda aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap di kemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang anda lakukan.

2. Dapatkan ilmu - Sebelum memulakan sesuatu, anda hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin anda ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat di mana anda boleh belajar membuat kek. Proses pembelajaran jangan terhenti walaupun anda sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baharu yang belum anda pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada anda. Ada orang yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

3. Mempraktikkan ilmu - Setelah anda mendapat ilmu, praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila anda hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya..

4. Promosi - Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang di sekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hati pun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau di kedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

5. Menjaga pelanggan - Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya, jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda tempahan akan bertalu-talu datang.

6. Sikap yang positif - Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat anda untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang anda buat itu adalah semata-mata kerana jihad anda kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Pasti semangat itu tidak akan pudar. —

Tiada ulasan:

Catat Ulasan