Isnin, 22 Oktober 2012

Petua Menjaga Kuku

Petua Menjaga Kuku

Kebersihan kuku sangatlah penting bagi anda. Selain untuk menjaga keindahan tangan dan kaki, ia juga dapat menjaga kesihatan. Kuku lemah selalunya disebabnya oleh keturunan dan penyakit. Kuku harus senantiasa dijaga bersih, kering dan pendek.

1. Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuk
u akan keluar dengan sendirinya.

2. Untuk mengilatkan kuku kaki, ambil bawang putih dan buang kulitnya, dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

3. Sapu kuku dengan lotion atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.

4. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah.

5. Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun.

6. Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.

7. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.

8. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.

9. Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

10. Pakai kasut yang bersesuaian agar kuku setiasa dapat ‘bernafas’.

11. Jumpa doktor sekiranya ada kemerahan atau perubahan di bahagian kutikel kuku atau kuku tertanggal dari jari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan